Adik rayyan dalam kritikal! Adik Rayyan perlukan pembedahan dengan segera!

Rayyan Durrani menghidapi ketumbuhan otak agresif tahap 4 dikenali sebagai “Paediatric Type Diffuse Midline Glioma (DMG),” yang dikategorikan sebagai “penyakit jarang jumpa. Menurut doktor, berdasarkan rekod, kanak-kanak yang menghidapi penyakit ini mempunyai jangka-hayat sekitar 12 hingga 18 bulan daripada diagnosis pertama. Hanya beberapa bulan tinggal utk adik Rayyan berjuang untuk pulih..

“Rare disease may come with a rare treatment & research”, seperti yang sedia maklum kos rawatan penyakit jarang jumpa ini sangat tinggi . Setiap ibubapa mahukan yg terbaik utk menyelamat nyawa anak tersayang. Ibu bapanya tidak pernah berputus asa dalam mendapatkan rawatan terbaik buat anak ke-2 mereka ini.

Setakat harini, adik Rayyan telah menjalani rawatan dan perubatan dalam dan luar negara. Ibubapa adik rayyan mengucap ribuan terima kasih kepada semua pihak yg membantu membiayai kos perubatan dan rawatan anak mereka .

Terbaru keadaan adik Rayyan sekarang tidak bertambah baik membuatkan pasukan pengkaji serta para doktor yang merawatnya mencadangkan satu prosedur pembedahan ‘posterior fossa craniectomy’ dilakukan segera bagi mengeluarkan tumor tersebut sebelum ianya kembali agresif pada bila-bila masa dan boleh meragut nyawa. Sekiranya pembedahan ini berjaya, adik Rayyan berpotensi untuk kembali sembuh.

Pembedahan bukanlah didalam perancangan asal memandangkan sebelum menjalani rawatan, tumornya bersaiz 7 sentimeter dan berisiko meragut nyawa. Saiz terkini tumor tersebut adalah 2 sentimer , ianya stabil dan sedia dikeluarkan. Sekiranya dibiarkan, tumor tersebut akan kembali agresif dan tidak mampu dikawal lagi boleh meragut nyawa anak kami.

Namun, untuk menyelamatkan nyawa adik Rayyan, kos tambahan yang diperlu untuk kos pembedahan yang diperlukan adalah sebanyak RM 100,000.00 dengan kadar yang segera.

Borang Permohonan

Sila isikan maklumat di bawah dengan tepat dan jelas.